Lavender Garden, Cameron

Assalamualaikum


Welcome to Lavender Garden, Cameron Highland.

Taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga bungaan dan juga buah strawberi.

Lokasi di 59, Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang


Taman yang bersih ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini.

Oleh kerana anda bukan sahaja boleh memetik strawberri tetapi juga bunga daisi, tempat ini cukup ideal jika anda dalam perjalanan pulang dan masih mencari buah tangan di saat-saat akhir.


Ni sebenarnya dah kali ke 3 sis datang kat sini. Saja la teman adik-adik sis yang tak pernah lagi masuk sini. hahaa

Dah banyak la perbezaan dia sekarang daripada masa mula-mula dia buka pada tahun 2014 dulu. Harga tiket pun naik juga dari RM5 ke RM15 hengget! 





Harga Tiket

Dewasa (RM15)
Kanak-Kanak (RM10)

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat 9 pg - 5 ptg
Sabtu & Ahad 9 pg - 6 ptg


Aiskrim perisa lavender berlatar belakang bunga lavender! 

#purplicious






Ladang lavender ini memang ramai pengunjung, dari awal pagi selepas ia di buka memang dah ramai tunggu.



Biasanya hari isnin sampai khamis lengang sikit. Hujung minggu jangan ceritalah, jam 10 pagi pun dah penuh. Apatah lagi cuti sekolah. Hari hari ramai orang.

Dan rata rata pengunjung habiskan masa 1 jam di sini.

Tempat letak kereta tak berbayar, parking ikut suka. 


Kami datang ni hari biasa nasib la tak sesak sangat.





Kat atas ni dia baru buat. Ada ladang strawberry!




Boleh la kalau nak petik sendiri.








Ni pun antara yang dia baru buat. Rumah-rumah kecik



penat ke tu bang... hehehh



Bunga-bunga kat sini korang boleh petik bawak balik rumah. Tapi kena bayar la.






Acah-acah video klip kat taman bunga! hahaaa


Kalau nak jalan jalan di cameron highland, sebolehnya elakkan hujung minggu & musim cuti persekolahan.

Anda akan banyak buang masa atas jalan raya sebab sesaknya tak ingat.



Next, kemana kita??


Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Paintball

BAHASA HIKERS

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hidden Treasure Hunt

Bukit Marak, Kelantan

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL