Bukit Besi




Assalamualaikum



Kesinambungan dari urusan balik ke KL, pendakian diteruskan pula ke Bukit Besi! hahaa.. Macam biasa join group hiking dengan geng-geng adik aku lagi. 



Bukit Besi ni terletak hampir dengan shoplot di Alam Damai, Cheras. Perjalanan dari PJ mengambil masa lebih kurang setengah jam. Landmark paling senang nak ke sini ialah Restoran Al-Mashoor dan OCBC Bank. 

Parking je kereta di kawasan sana, dan jalan kaki ke seberang jalan menuju ke lereng bukit. Di situ ada kondominium sedang dalam pembinaan. 


Address ke starting point:


Persiaran Alam Damai, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Line up untuk malam ni ramai juga. Biasa lah masing-masing datang bawa geng. Tak sangka dapat jumpa mami! Kenal masa naik Bukit Batu Gajah & Gunung Kinabalu dulu! hehee


Permulaan pendakian adalah jalan tar dan laluan ke tangki air. Jalan dia memang menaik jer... Rasa macam semput pula! :p Sesampai di penghujung jalan tar, akan bermula jalan masuk ke trail hutan. Di sini cabaran bermula, trail tanah yang tinggi, lutut hampir bertemu dagu untuk memanjat dan laluan berbatu di lereng bukit. Disebabkan malam, tak berapa nampak jalan, tapi agak curam pendakiannya.

Tapi sekejap je dah sampai ke check point pertama dalam 15-20 minit. Kawasan yang agak luas, boleh nampak bandaraya kuala lumpur dengan pemandangan lampu yang cantik!


Lepas tu mami ajak naik atas lagi sampai kat kawasan hammock ni! Mami memang dah selalu naik Bukit Besi ni. Best juga lepak kat sini. Next time boleh la naik lagi waktu siang, sampai ke puncak bukit besi di kawasan pencawang.


Lepak kat hemok rasa macam malas pula nak turun balik ke bawah! hahaa


Mami pun kawan dia yang ajak hiking naik bukit Besi ni malam tu. So rileks jer pakai seluar jeans & kasut jalan-jalan macam pergi mall. Mami dah otai takpe! hehee.. Last jumpa mami masa kat Kinabalu kot 3 tahun lepas! hahaa


Mami sekarang tengah kumpulkan dana untuk bawa Adam naik ke Everest Base Camp. So banyak aktiviti outdoor & hiking yang mami anjurkan sekarang ni. Menarik semua aktivitinya. Antaranya pendakian ke Bukit Senaling bersama Adam, Survival Camp dan hiking di sekitar KL. Tapi disebabkan aku duduk jauh di Pantai Timur, tak dapat la nak join program mami. huhuu


Bukit Besi Alam Damai adalah bukit yang setinggi 291 m (955 feet) yang terletak di Sungai Besi / Alam Damai. Bukit ni bersebelahan dengan Kem Tentera Sungai Besi, tempat jatuh lagikan dikenang dulu.. Inikan pula tempat bercinta, ehh tempat belajar! Aku ingat-ingat lupa, macam pernah naik bukit ni masa zaman training ROTU dulu. hahaa.. 


Ana, Nadz & Mami! Bergabung, meletopsss! :p


Ni orang ke jelmaan?? hahaaa.. Muka mana muka??


Bersantai layan view sambil minum milo panas!


Acah-acah twin! hahaa


KL Panorama view


The darkest nights produce the brightest stars!


Rock the world! yeahhh



In a nutshel, Bukit Besi checked! See ya in a next round!











Comments

  1. wahhh best tengok gambar ramai2 nih

    ReplyDelete
  2. Aslmkm. Sorry nak tanya. Masa naik malam tubawak lampu je. Terang semacam je gamba dekat hammock tu

    ReplyDelete
  3. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah