Bukit Gasing 2.0



Assalamualaikum



After 3 years, i'm back here gaiss! hahaaa... 

Last pergi Bukit Gasing ni pun 3 tahun yang lalu masa zaman-zaman hiking baru nak up! :p


New Year Hike Bukit Gasing!


Sebenarnya aku berkesempatan pulang ke kampung halaman baru-baru ni. So di kesempatan ni, disebabkan dah lama tak hiking, aku pun saja la nak naik ke Bukit Gasing. Nak naik gunung macam tak fit jer.. Almaklumlah last hiking pun 6 bulan lalu kot?? hahaaa



Taman Pendidikan Bukit Gasing ni terletak di Petaling Jaya. So kalau dari rumah aku, dalam 15 minit jer dah sampai.. Kalau aku dok kat PJ, tiap-tiap minggu boleh datang sini training! hahaa



 Bukit gasing boleh dimasuki melalui beberapa laluan. Yang pertama sudah tentu Pintu Utama yang ada Gerbang Bukit Gasing. Yang kedua melalui Kondominium Panorama dan yang ketiga melalui Pantai Hill Park.




Bukit gasing ini mempunyai beberapa trek yang boleh kita pilih sebagai latihan dan mengikut kemampuan badan. Trek Bukit Gasing sebenarnya pusing2 didalamnya dan akan membawa kita ke tempat yang sama. cuma laluan keluar yang berbeza.



Disebabkan kasut hiking aku dah buang lepas lalu trek yang horror kat Gunung Kerinci tahun lepas, sampai ke sudah tak de kasut! hahaa.. So pakai sandal ajerr!



Line up harini, 4 orang jer. Tu pun semua kawan adik aku.
Member aku semua krik2 jerrr... :p


Pagi tu hujan gerimis! Siap berpayung lagi hiking masuk dalam hutan! hahaaa.. Trek pun agak basah & licin!



Plan ingatkan nak pergi kesemua trail sampai ke jambatan besi dan jambatan gantung. Tapi disebabkan cuaca pun mendung jer, kami nak ke trek yang paling pendek iaitu ke trek kuil dan Menara Telekom.


Trek ini memang menegak dan tinggi, ada 3 laluan untuk ke kuil ini. Mana-mana pun boleh. Biasanya pendaki akan memilih laluan naik dan turun yang berbeza. 



Memang pancit la citer dia. Kaki aku lenguh nak mendaki akar-akar kayu kat situ. Pacak jugaklah laluan yang kitorang lalu tu.



Pewai juga sebab dah lama tak hiking! hahaa



Tak perlu risau untuk sesat sebab memang ramai yang hiking kat sini. Cuma kena tahu simpang keluar kemana sahaja. Simpang keluar dan masuk selain dari pintu gerbang, boleh juga masuk melalui pantai dalam. 


Selain itu anda tidak digalakkan trekking bila hari gelap untuk langkah keselamatan. Biasanya pengunjung akan mula trekking seawal jam 6.00 am untuk sesi pagi dan seawal jam 4.00 pm untuk sesi petang. Jika anda trekking lewat petang adalah baik untuk bawa lampu suluh sebagai langkah keselamatan sekiranya anda lewat keluar dan hari sudah gelap.







Merecikkk peluh jantans hawau!



Lalu kat tangga di sebelah pencawang nak ke puncak.



Naik kat celah pagar tu kalau nak tengok view kat atas ni.





Sampai dah ke Menara pencawang!


Taraaa, boleh nampak view KL & PJ kat atas ni!






Waddupp PJ!



Put your hand up!





Spectacular view of Kuala Lumpur from the temple.


Untuk pengetahuan anda, Bukit Gasing juga terletak bersebelahan dengan Bukit Kerinchi di mana masing-masing diuruskan oleh pentadbiran yang berbeza iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Kembar tak seiras! Sama tapi tak serupa! kah kahh




Jumpa pula geng abam-abam ni hajak bergambar!


Free style!


Acah-acah macam kat candi Borobudur! hahaaa




Thumb up gais!



Kuil Hindu ni dibina oleh pekerja India semasa pembinaan menara Telekom di Puncak Bukit Gasing yang berketinggian 523 kaki dari aras laut.



Ehh ehhh..



Posing disebalik tiang!




Terjumpa pula dengan Pak Cik Khuzae, Lejen & Icon Bukit Gasing!


Khuzae Mohamed adalah regular trail runners di Bukit Gasing. Pak cik ni dah berumur 62 tahun, tapi tengok la otot-otot padu beliau! Memang sangat fit, berlari jer naik bukit ni! Memang hebat!


Pak cik ni berasal dari Kubang Kerian, Kelantan dan bekerja sebagai illustrator for Media Seni. Memang setiap minggu dia akan mendaki di sini.


Balik kami ikut laluan jalan tar disebabkan malas nak lalu jalan hutan yang berlecak. So memang akan melalui kawasan rumah banglo yang besar-besar kat kawasan PJ nih! Kagum pula tengok rumah agam yang tersergam indah kat sini! 

Phewwww




Ni rumah terbengkalai! hahaa




Babai Bukit Gasing! Till we meet again! Kalau sempat balik PJ lagi sebelum final trip, sure aku akan datang training kat sini lagi!


Lepas hiking, p tambah kalori dulu!


Singgah shopping barang outdoor for next trip di Decathlon Damansara. Phewww, memang rambang mata, koyak poket! Kalau kaki outdoor masuk kedai ni memang teruja lah! hahaaaa...


Waduhhh cantiknya jaket nih! Acah-acah jadi model Decathlon jap! hehehh





In a nutshell, see ya in a next hiking trip! 



Comments

  1. Mcm kenal la abam abam tu hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sampai ke sudah tak naik naik pun Bukit Gasing ni. Hmmm

    ReplyDelete
  3. Di rumah agam sg itula sy buat rakaman, yg caption rumah terbengkalai tu, itulah SG House, rumah top seram area pj tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada tgk kt youtube pasal SG house ni mmg seram betul! Tgk pulak tgh malam! aduhhh

      Delete
  4. Good, boleh create group pergi Nepal ABC (Anapura Based Camp)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annapurna base camp is done. Boleh baca dari eps 1-12 :)

      Delete
  5. Hi sis, nak kena apply any permit ke before naik ? is it free entry or ada fee?

    ReplyDelete
  6. Wah..interesting. Later boleh ajak geng2 join sekali

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Dalam setengah jam. Klu nak santai2 dalam sejam sambil tangkap2 gambar.

      Delete
  8. haven't been to the radio tower yet ... really looking forward to that on my next hiking

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah