Part 1 : Pendakian ke Kem Baha



Assalamualaikum


29 April 2017, Sabtu, 4.00 am


Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia  terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. 


Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam.


Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai.



Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa



Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan geng dia, aku pun on jer la. Trip ni pun ok harganya. Kami perlu bayar RM150 seorang. 

 Tapi pada hari kejadian, tengok2 adik aku tak dapat join. Kene kerja katanya & tak dapat cuti! Puiii lah! Mana taknya tiap-tiap minggu amik cuti layan trip hardcore naik gunung! Kali ni bos dia tak bagi cuti dah! Padan muka! hahaa.. Padahal baru nak suruh dia jadi tanker aku untuk bawak barang aku! uhukk


Kat sini boleh la nak amik gambar di tengah-tengah landasan sebab keretapi dia tak busy. 


Gunung Stong ni mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ni merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ni ialah air terjun Jelawang yang tinggi dan cantik!


Perjalanan dari Stesen Keretapi Dabong ke Hutan Simpan Gunung Stong mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Dari jauh dah teruja nampak air terjun Jelawang nih! Lebih kurang macam air terjun Chemerong haritu boleh nampak dari jalan raya! Ta zabarrrr!


Nak rasmikan topi yang aku baru beli nih! hehee.. Boleh la cover skit dari panas terik matahari & sunburn masa hiking. Haritu masa kat CBL, aku berkenan sungguh dengan topi yang Ieja Omar pakai! Nampak comel jer! :p Kat Klate mana nak jumpa so aku pun gigih la aku cari & beli online. Lepas tu member aku Ayeng share kat FB, aku pun beli dengan harga RM60 postage RM5. Kalau korang nak beli boleh contact dengan no abang ni - 013-3566457. Ieja boleh jadi ikon fesyen bergaya dengan topi nih! lol


Di pondok pelawat kami mengemaskini semula backpack masing-masing untuk mengagihkan ration makanan kepada setiap orang. Ni macam nak buat kenduri ni atas gunung bawak makanan bebanyak! 



Lepas tu, Pok Chu dan Abg Mir guide kami ada bagi taklimat ringkas sikit sebelum memulakan pendakian dan seterusnya bacaan doa oleh Abg Mokh.



LINEUPS - 23 JIWA

GOGO - HAFIQ
CREW - APIS, EHSAN, ELLY

OFFICIAL GUIDE - ABG MIR
OFFICIAL SWEEPER - POK CHU (0139164555)


Setelah semua bersiap siaga, kami memulakan pendakian menuju ke kem baha. Rasa teruja tu tak payah nak cakap la. Masing-masing laju je melangkah. Kami mula mendaki pada jam 11.00 pagi. 


Permulaan trek pendakian agak pacak dan mencanak, semput juga lah nak kejar yang lain-lain yang laju jer kat depan tuh! Awal-awal lagi mental dah koyak nih sebab kena bawak beg berat! So aku, aishah dan TJ jalan santai-santai je lah kat belakang.


Lepas 30 minit mendaki, kena cross sungai. Kat sini dah sampai kat kawasan air terjun!




Menyusuri Sungai Jelawang, air kelihatan sangat tenang dan jernih. Batu-batu besar bertaburan di sekitar sungai. 


Tadaaaa! Katanya Air Terjun Jelawang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ni mencecah 303 meter atau lebih kurang bangunan setinggi 30 tingkat. Air terjun ni mempunyai tujuh tingkat.






Lepak dulu berehat & tangkap gambar kat sini!

Ecah, Aku, TJ

Angkat sauhhhh!
Selepas meredah sungai, kami melalui jalan yang berbatu dan perlu memanjat batu besar untuk sampai ke atas. Perlu berhati-hati kerana batu agak licin. Dengan membawa muatan berat, boleh senang tergelincir!


Aku rasa macam air terjun Chemerong lagi tinggi iaitu 305 meter. Jadi sebenarnya air terjun mana yang paling tinggi di Asia Tenggara? Mungkin otai-otai gunung boleh jawab kot. Entahlah..


Peace yaw dari gogo Hafiq!

Melepasi Air Terjun Jelawang, kami mula masuk trek hutan. Kat sini bermulalah pendakian yang lebih mencanak! Bahu dan pinggang dah rasa nak tercabut sebab bawa beg! Pewai! hahaa


Lepak tengah trek dengan Abg Mokh & Ehsan


















Lebih kurang 3 jam juga dengan pendakian santai-santai, akhirnya aku & the geng sampai di Kem Baha. Kem ni dibuka pada tahun 1991 oleh Arwah Borhanuddin Bin Hassan @ lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Da Baha’.

Kat atas ni siap ada kedai cenderamata yang jual t-shirt, souvenier dan juga tandas! Woww! 



Ada pula penjaga tapak kem yang comel! Macam kucing aku dulu2. Adakah ini jelmaan Jack? Tapi dia ni betina. Aku bagi nama dia Queen!


Kem Baha adalah pintu masuk kepada beberapa tarikan alam semula jadi  kerana dari tapak persinggahan ni membolehkan pengunjung menikmati kehijauan kawasan gunung di Taman Negeri Stong.

Kem Baha juga unik kerana kem itu tempat pertembungan dua sungai dari Gunung Stong dan Gunung Ayam yang digelar ´The Last Waterfall´ oleh penduduk tempatan.


View Point

Tempat menikmati permandangan matahari naik dan melihat kampung sekitar.


Dah sampai kat kem baha lepak-lepak dulu kat kawasan view point sementara gogo & crew tengah setup fly & masak.



Tiga fly dipasang berdekatan membentuk seolah-olah sebuah banglow. Kira dah mewah la ni! Ration semua dikumpul di dapur supaya senang nak ambil ramuan yang nak dimasak nanti.



Chef Elly dan konco-konconya sedang bertungkus lumus bersilat di dapur menyediakan makanan tengahari. Yang belakang tu geng mak jemah tengah bergossip! lol


Muka kebuloq dah! ;p


Menu untuk lunch memang sedap & lazat sehingga menjilat jari! Daging masak dendeng & sayur campur! Terbaek lah chef!


Abam Apis Idola gadis-gadis yang sedang makan dengan gelojohnya! Cover skit abam! :p


Lepas makan, solat semua, start aktiviti yang ditunggu-tunggu! Mandi manda kat air terjun & main sliding! Yuhuuuuu

Pok Chu iaitu guide kami siap buat demo meluncur sambil berdiri lagi! Macam main ski pulak! Terbaik lah! Yang lain semua kecut perut nak turun! hahaa


Aku nak try tapi cuak bak ang! Suh abam idola teman aku naik atas! Baru nak naik beberapa tapak dah tergelincir sebab licin, apa cita! Aku pulak buat show kat situ! 

Tengok jer macam rendah tapi bila berada kat atas rasa gayat pula. Aku dah la memang gayat terok! Nak tak nak meluncur juga lah, mana ada tangga nak turun. Haha. 


Memang beronok-ronok la sume main air! Awan gelap tetiba berarak menutupi ruang udara Kem Baha. Hujan mulai turun. Semua pun bergegas naik kembali semula ke tapak perkhemahan.

Steady kak Ros makan dalam kuali! hahaa

Dah penat main air, it's time for dinner! Lepas tu tetiba dengar air sungai mengalir dengan deras! Abg guide kata tu kepala air sebab hujan petang tadi! Kami pun tengok la kat sungai memang air naik dengan laju!


Malam tu ada aktiviti ice-breaking yang diketuai oleh Abam Ehsan! Sesi berkenal-kenalan dengan semua peserta trip nih! Seronok dapat menambah kenalan yang pelbagai latar belakang. Lepas ni kalau ada trip lagi boleh la roger2!


30 April 2017, Ahad, 7.00 am


Layan tengok sunrise di view point berdekatan kemsite kami.


Para pemburu view yang dah tunggu kat sini sejak pukul 6.30 lagi!


Yeahhhh!




Saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha, kami dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan karpet sehingga membentuk negeri di atas awan! Memang terbaik!

Awan karpet!

Good morning sunshine!

Sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari keemasan di sebalik awan, subhanallah cukup mengagumkan! Seolah-olah berada di kayangan! 

silhoutte!




I'm a dreamer. I have to dream and reach for the stars, and if I miss a star then I grab a handful of clouds.

-Mike Tyson-




Jom layan video dulu!



To be continued.......

Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi