Part 2 : CANYONEERING, Kawasan Falls!



Assalamualaikum



Mandang Umaga!

 (Good Morning in Tagalog)



Day 2


8 Julai 2017, Sabtu, 7.00 am


Alegria - Badian - Dalaguete - Oslob


Previous entry :

Part 1 : Mabuhay Pilipinas!



Bergambar depan hotel kami! D'Alegre Travellers Inn di Alegria, cebu!


Pagi tu kami terus checkout hotel sebabnya lepas habis aktiviti kami akan terus menuju ke Oslob.


Dari hotel, kami menuju ke Badian untuk memulakan aktiviti pertama!


Naik motorcycle taxi! Kreatif juga orang Filipino nih! Pandai mengubahsuai motosikal! Tapi bayangkanlah kapasiti motor dua orang tapi boleh sumbat sampai empat orang dan dengan backpack yang berat! Memang macam siput la motor ni gerak! hahaa


Aktiviti pertama kami adalah Canyoneering Adventure di Kawasan Falls. Pakej aktiviti ni berharga 2400 peso seorang termasuk transport dari Alegria ke Badian, Osmena Peak & Oslob, helmet, life jacket, habal-habal to the starting point, entrance fees, dan tour guide.


Untuk pakej ni korang boleh usha kat FB: 


FB : Canyoneering Adventure- Alegria Badian



Are you ready guys! Yeahhh excited!


 Kami menaiki habal-habal untuk menuju ke Badian. Habal-habal ni telah diubah suai dan boleh memuatkan sehingga 3 ke 4 orang untuk sebuah motosikal. Fuhhh, naik habal-habal pun sudah membuatkan adrenalin kami mengalir deras seperti menaiki motorcross! 


Rider bawa motor dengan agak laju dengan keadaan jalan yang tidak rata di kawasan berbukit membuatkan aku yang duduk di belakang dan memegang 'Gopro' hampir tercampak! Jadi berhati-hatilah dengan memegang besi motor tu kuat-kuat. Tak pun peluk je kawan korang yang kat depan tu erat-erat! Hahaa


Dia bawa motor style mat rempit weh! Fuhhhhh... berdesup!


Welcome to Badian!


Untuk permulaan aktiviti ni, anda perlu hiking lebih kurang 30 minit untuk menuju ke kawasan sungai. Perlu diingatkan untuk memakai kasut atau sandal yang selesa dan bawa beg kalis air kerana aktiviti ini keseluruhannya melibatkan air.


Pewai juga hiking kat sini! haha.. Kat belakang tu boleh nampak view gunung ganang Osmena Peak.


Canyoning akan start di Canlaob river downstream dan berakhir di Kawasan Falls. Setiap group peserta akan ditemani oleh guide rakyat tempatan. Guide ni boleh la speaking sikit-sikit! Tapi ayat dia ok mam, ok mam! tu je.. hahaa


 Aktiviti meredah kawasan air terjun ni mengambil masa sehingga 4-5 jam. Kami perlu melakukan aktiviti 'free jumping' dari tebing sungai untuk ke next check point! Tapi kalau rasa tak berani nak terjun boleh skip jer di beberapa tempat.



Canyoning ataupun dipanggil canyoneering (in US) adalah outdoor trek yang amat popular yang melibatkan aktiviti traveling down creeks or streams di sepanjang canyon termasuk walking, jumping, swimming & climbing.


Exciting much? Yeahhh baby!



Deras woi sungai dia!




Just follow the flow...


Aku sebenarnya sumpah cuak nak main terjun-terjun ni sebab aku ada sindrom gayat yang terok! Bukan gayat biasa-biasa weh! hahaa... Anyway, Look at the blue color water! Tak ke hilang semua perasaan takut lepas tengok air cantik macam tu???


Canyoneering in Badian is Cebu’s most adrenaline pumping adventure!



"Ka-blue sa tubig (The water is so blue)."



Yang ni aku skip terjun! Nampak macam biasa jer tapi gayat kot! bhahaaa





Hati-hati sebab kat sini memang licin giler!


Kene trekking untuk ke next check point.


Macam ala-ala kat grand canyon pula! hahaaa.. Cantik betul view kat sini!


Tiqa, Xue, Aku & Lend


Brother kat belakang aku tu pun cuak-cuak nak terjun! hahaaa.. Tinggi weh!


Are you dare enough??



Yeahhh.... terbaik Musz! Terjun Tiruk!


Scaryyy nak terjun sebenarnya! To jump or not to jump! hahaaa


You only live once! yolooo


Terjun dalam air deras!


hanyut!


Tersedak tertelan air sungai banyak! hahaa


Masuk dalam gua kecik!



Penat main air tapi memang fun & enjoy aktiviti ni!


Acah-acah caving!




Amazing betul dengan kebiruan air sungai ni! Terbaik!


Ni spot yang paling tinggi! Tengok dari atas pun dah rasa seram! Aku nak try tapi teragak2! hahaaa.. Rasa macam namatey weh terjun nih!


It is definitely not for the faint-hearted!


5-second free fall seems like forever!


Jumping from a 35-ft cliff requires you to conquer your fear of heights. Baru la fear factor kan!


Last-last Musz sorang jer yang terjun! Aku... erm rasa menyesal tak sudah sebab tak terjun! hahaaa. Sebab ni terjunan yang terakhir! Kejung aku kat situ! Patut aku terjun jer tak payah nak teragak-agak! Aihhh tak leh move on ah! Macam mana la kalau nak buat Bungee Jump satu hari nanti? hahaa



Keep calm & dab!


 small hydroelectric power plant 


Kalau korang memang sukakan adventure dan ingin menikmati amazing nature sceneries, memang wajib try aktiviti ni!



 Walaupun aku spesies yang phobia tinggi nak terjun tiruk, tapi keseluruhanya aktiviti ni memang sangat mencabar dan seronok! Hasilnya sehingga sandal aku dan Zuliana, barai dan putus bila habis aktiviti ni! Hahaa

Haaa extreme kan!


Canyoneering checked!


Kawasan Falls yang kedua. Kat sini tak ramai sangat orang.


aquamarine pool


Gerai makan untuk bersantai-santai.


Thanks to our guide yang banyak tolong kami! Jadi photographer, tolong bawa beg, pinjamkan selipar. Terbaik!





Semua air terjun di Kawasan Falls sangat cantik. Airnya berwarna biru seperti laut yang dapat menyejukan mata, hati dan pikiran.


 Pitstop terakhir di 'Kawasan Fall' ialah aktiviti main rakit buluh bersama pakej 'massage' lalu di bawah air terjun yang biru! Untuk sewa rakit 200 peso per person.






Muka cuak nak lalu bawah air terjun!


Patut la kami dengar dorang dok jerit-jerit lalu bawah waterfall tu! hahaa


NATURE'S MASSAGE.



hardcore massage


Sebenarnya rasa sakit badan bila kena hempap dengan air terjun yang sangat-sangat deras ni!


Sumpah sakit giler, rasa nak meninggal weh! 


Rasa nak pecah ovari woiii! Sirius! hahaaa

Boleh lagi kau tersenyum eh Lend! hahaa


Rasa macam nak patah bahu, air terjun dia terlalu kuat!


Ingat ke dah habis, rupanya ada lagi! Waduhhhh!


Fuhhh habis dah penyiksaan! hahaa


Lepas tu buat aktiviti wajib bergambar atas rakit dekat Kawasan Falls.


Impian nak main Canyoneering & pergi Kawasan Fall dah boleh tick off!

No 69 Checked! Senarai baldi saya!



Musz & Lend beli madu asli 2 botol = 500 peso. Memang sedap madu dia.


Saja nak pegang sarang lebah sebab pinoy tu rileks jer pegang. Bila dah pegang tetiba menggelupur sebab lebah tu berterbangan! kah3...



Canyoneering and Kawasan Falls checked! Yeahhhh!


Abandoned bridge berhampiran laluan ke Kawasan Falls.




Jernih betul air sungai dia!


Titian biru!




Mendobi baju kat kawasan sungai! Patut la bau harum sabun je sepanjang sungai ni! hahaa


Perjalanan pulang melalui kawasan pokok kelapa



Jom layan video main terjun tiruk!



Dah habis aktiviti ni, kami terus menuju ke Dalagutte menaiki Jeepney. Perjalanan mengambil masa sejam melalui kawasan gunung ganang. Memang sejuk betul kawasan pergunungan sini! Dah la kami tak salin baju pun lepas main sungai tadi sebabnya konon nanti berpeluh nak hiking pula kan! hahaa.. Kami ingin mendaki ke puncak tertinggi di Cebu iaitu Osmena Peak dengan ketinggian 1013 meter diatas permukaan laut. 


Aku dah gian nak hiking! Tapi cuaca tak mengizinkan! Sedih weh!


Disebabkan hujan lebat, kami hanya sempat mendaki sedikit sahaja kemudian terpaksa turun semula ke bawah dengan trek yang licin dan perasaan hampa. Jadi kalau anda bercadang untuk datang ke Cebu, pastikan datang pada awal tahun. Kami datang pada awal bulan Julai ni dah start musim hujan jadi banyak aktiviti yang tergendala. 



Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Oslob yang mengambil masa sejam melalui kawasan perkampungan. Kami check in di Lagnason's Place untuk 2 malam. Hotel 2 malam 3800 peso. Share 4 orang ladies. Beli air mineral, 75 peso.


Total lost day 2 : 3625 peso per pax.




Esok nak berenang dengan ikan paus! Yuhuuu








Comments

  1. Salam, tour guide kawasan falls tu macam mane ye nk contact? Ke bole book on the spot dekat kawasan falls ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup senang book on the spot jer kat sana.. banyak tour agen

      Delete
    2. Yeayy terima kasih reply 😄. Lagi 1 nk tanye.. ade locker provided ke dekat kawasan falls utk letak backpack?

      Delete
    3. locker xde. Backpack kami letak dekat hotel. Klu barang2 kecik bole letak dalam beg waterproof. Kawasan falls ni sangat luas kalau nak main canyoneering dari start point smpi end point. Klu xnak main canyoneering, lepak dekat air terjun tu je pon boleh

      Delete
    4. ohhhh...so kene cari hotel berdekatan jugakla kan sbb igt dari kawasan falls kami nak terus ke oslob stay sana hehe..terima kasih sgt utk info ni ;D

      Delete
    5. ye betul byk backpackers hotel kat area situ. Ok thanks juga sudi singgah kat blog picisan ni.. Happy travelling

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah